Senin, 21 Februari 2011

Lelaki Idaman Muslimah

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Allah
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan wktu
untuk membuat temu janji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Biarlah dia seorang yang miskin
Miskin dalam melakukan perkara maksiat
Miskin dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Miskin memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar